Monday, April 12, 2010

::> Cara Pengambilan & Kiraan Kalori


Tips diet.. pada yg nak kuruskan badan dgn `skip' salah satu waktu makan bukanlah cara yg betul.. apa yg saya belajar dari Pakar Pemakanan, kita WAJIB makan pada setiap waktu makan, cuma perhatikan apa yg ada dalam pinggan kita dan kita suapkan ke dalam mulut.. pastikan hanya 20% karbohidrat, 40% fiber dan 40% protein.. amacam.. boleh anda cuba ubah menu anda sekarang??


Cara Pengambilan ketika berpuasa, sebaiknya ambil Rxlite 1 atau 2 jam selepas berbuka.. jika nak ambil time sahur, boleh.. tapi pastikan minum byk air masak sebelum imsak utk kurangkan rasa haus.


Cara Pengambilan :-

RxLite
datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).

RxLite
juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.


::> Cara Pengambilan & Kiraan Kalori

Berat badan lebih dari 15KG dari berat ideal anda

- 3 PEKET SEHARI

Berat badan kurang 15KG dari berat ideal anda

- 2 PEKET SEHARI


Cuba kawal pengambilan Karbohidrat, lebihkan protein.

Cuba utk ambil 1500 kalori saja sehari

MASA

JENIS MAKANAN

Sarapan Pagi

Rx Lite

20% Karbohidrat (Roti / Nasi / Mi)

40% Protein (Ikan/daging)

40% Fiber (Sayur/buah)


Tengahari

Rx Lite

20% Karbohidrat (Roti / Nasi / Mi)

40% Protein (Ikan/daging)

40% Fiber (Sayur/buah)


Makan Malam

Rx Lite

20% Karbohidrat (Roti / Nasi / Mi)

40% Protein (Ikan/daging)

40% Fiber (Sayur/buah)


Anda perlu makan setiap waktu makan yg disyorkan, cuma kawal pengambilan kalori, dan kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan serat dan seimbangkan dengan protein.

Keperluan tenaga anda yang selebihnya ( 1800Kcal hingga 2800 Kcal) didapati dari pembakaran lemak oleh sel-sel yang diaktifkan oleh Rx Lite




http://img.photobucket.com/albums/v723/syikin72/glitterstar.gif

Nak makan apa harini? 150o kalori?

JOM KIRA KALORI DALAM MAKANAN..


Cara untuk anda pantau Kalori, Senaraikan apa yang anda makan hari ini !

Contohnya :-

Sarapan :-
Makanan = Kalori
Minum = Kalori
Jumlah =


Petang :-
Makanan = Kalori
Minum = Kalori
Jumlah =


Makan Malam :-
Makanan = Kalori
Minum = Kalori
Jumlah =

Anda boleh ubahsuai menu setiap hari, dengan melihat senarai kalori di bawah.

http://img.photobucket.com/albums/v723/syikin72/glitterstar.gif

ni ada info tentang sedikit info Atkin Diet yg kita simpan..... Elakkan mengambil makanan berikut dalam masa 2 minggu pertama..

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!



Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

MENU DIET DARI SLIMWORLD

****************

Image


JUMLAH KALORI MAKANAN

KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori



Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Kategori Minuman
Red Guara Cafe - 78kal
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_QjUYIcdgAn6v1L2nxEOAzb-9oq9JGcndgh9RxJJQ3yUtlH8I2wmt2PWP5FdAAzCs4kCaW-1xahvMu0JbVqQIxIX0Zz3bikNrmoTd8FSHxNEhFqxWh4rj1OB_9lQyF0feZ2aHPjpVoRs/s1600/RxLite4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPIoGgPS5_VntZHJQN8rocWPogcWhVe6iRa6lBzPp-LfkJ3THJlyUS_mJyrkzq9c_7-g4mOhA-cRcEBhOLpmCMzssL2JKiSIpm1R9pTDvJIxZt7URKGfOdgNQQ3z5tghOBLheDhI_2U4c/s1600/RxLite5.bmp

No comments:

Post a Comment