Monday, April 12, 2010

::> Info Produk

Photobucket

RxLite telah mencipta Tsunami baru dalam produk pelangsingan di Malaysia.Ini berikutan beberapa keistimewaan yang terdapat pada produk ini,yang tidak ada pada produk lain,iaitu:

* Rasa yang sedap (perasa Koko asli).Tiada lagi masalah bagi sesetengah individu yang tidak mampu mengambil sesetengah produk diet yang memualkan.
* Harga yang amat berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah di pasaran jika dibandingkan dari segi keberkesanan. (RM 138 sekotak--lebih murah lagi sekiranya mendaftar sebagai ahli)
* Mengandungi anti kanser,anti kolesterol,anti oksida serta anti cirit birit yang terdapat pada Flavoids (Koko).
* Diproses dengan medium Rx-Water sebagai perantara yang menjadikannya beraura.
* Keberkesanan yang telah terbukti tanpa meninggalkan kesan sampingan.

Berikut merupakan keistimewaan produk RxLite yang telah dinyatakan oleh WWN:

1. Mudah – RxLite datang dalam pek pracampuran dan boleh diminum sahaja, atau dibancuh bersama susu, soya dan buah-buahan. RxLite tidak perlu diambil bersama produk lain, dan tiada pantang larang dalam cara penggunaannya.

2. Lazat – RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite dianggap lebih sedap berbanding produk-produk lain. Ini adalah penting bagi memastikan anda mampu meneruskan penggunaan produk ini secara berterusan.

3. Berbaloi – RxLite telah dicipta untuk kegunaan orang ramai bagi jangka masa panjang. Oleh itu, kami memastikan kos penggunaannya di antara yang terendah di pasaran.

4. Berkesan – Kami meramalkan pengguna biasa mampu menghilangkan 5-6 kg sebulan dengan penggunaan RxLite. Walaubagaimanapun, pengguna kami yang benar-benar mengikuti terapi pelangsingan RxLite telah berjaya hilang sebanyak 21 kg dalam masa 28 hari.

Jadi apa tunggu lagi?Jika selama ini anda mencari produk diet yang murah,sedap dan berkesan...INILAH JAWAPANNYA!



APA ITU RXLITE

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus.

Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu.

Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi produk pelangsingan badan RxLite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan. RxLite dipasarkan oleh Syarikat WorldWellness yang sebelum ini popular dengan Rx-Water

Produk pelangsingan badan RxLite adalah merupakan minuman koko yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak. Produk pelangsingan badan RxLite ini mengandungi Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligisaccharides (Gula Kompleks), Serat DND dan Koko Semulajadi.

Garcinia Cambogia bertindak sebagai penghalang rasa lapar semula jadi serta L-Carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Formula khas DND Fiber pula membantu anda merasa kenyang selepas pengambilan RxLite.



Kandungan RxLite



Garcinia Cambogia - asam gelugor Hydroxy Citric Acid (HCA)
RxLite mengandungi antara bahan utamanya iaitu ekstrak Carcinoga Cambogia yang merupakan bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Bahan Carcina Gambodia ini sebenarnya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan.

Ia dapat membantu dalam
Menurunkan Berat secara SEMULAJADI
Membakar Lemak
Menahan Lapar
Menurunkan BMR


L-Carnitine ( Pembakar Lemak Terunggul )
L-Carnitine membantu menukarkan lemak kepada tenaga. Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe. Ia membolehkan pengguna mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat. Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan)


Ia membantu dalam
Aliran darah + fungsi jantung
Tenaga + haba
Bilangan sperma
Anti Penuaan



Fructose Oligosaccharides (Gula Kompleks Ekstrak Tumbuhan)
Rx Lite menggunakan pemanis dari Gula kompleks ekstrak buah-buahan yang asli dan sesuai untuk yang menghidap Kencing manis juga. Ia mengandungi kalori yang rendah dan tidak menggemukkan

Ia membantu dalam
Makanan bakteria menyihatkan
Sistem imun tubuh
Imbangan gula
Kolesterol




Koko (Flavoids)
Rx Lite menggunakan Koko Asli (Flavoids) yang lazat dan menyelerakan. Anda tidak akan cepat merasa muak. Rasanya seakan-akan rasa Milo, cuma tidak berapa manis


Ia membantu dalam
Anti Oksida (3X teh)
Anti Kanser
Anti Kolesterol
Anti Cirit-birit
Mencegah sakit jantung
Anti-Hypertension





Serat Gandum + Pemakanan ( DND Fibre)
Rx Lite mengunakan Serat khas formulasi Doktor Perubatan iaitu Dr. Noordin Darus sendiri yang berkesan dan memberikan tenaga serta membantu sistem penghadaman. Ia dapat membantu proses ‘slimming’ lebih cepat & berkesan. Ia menggunakan beberapa bahan penting seperti Oat, Gandum dan bahan-bahan serat lain yang beliau PATENKAN dan diberi nama DND Fibre (Dr. Noordin Darus Fibre). Ia menjadikan Rx-Lite unik dan tersendiri

Ia membantu dalam
Menahan Lapar
Anti Kanser
Anti Sembelit
Anti Kolesterol





Koko (Flavoids)
Rx Lite menggunakan Koko Asli (Flavoids) yang lazat dan menyelerakan. Anda tidak akan cepat merasa muak. Rasanya seakan-akan rasa Milo, cuma tidak berapa manis


Ia membantu dalam
Anti Oksida (3X teh)
Anti Kanser
Anti Kolesterol
Anti Cirit-birit
Mencegah sakit jantung
Anti-Hypertension


Photobucket

Carcinoga Gambogia dan L-Carnitine telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. L Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Sesetengah orang boleh kekurangan Carnitine kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup Carnitine atau pemindahan ke tisu-tisu supaya boleh digunakan. Sesetengah penyakit atau medikasi juga boleh menyebabkan kita kekurangan Carnitine ini. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe (kacang Soya yang diperap). Kekurangan L-Carnitine boleh menyebabkan Keletihan, Kekejangan Otot atau Penurunan kadar Gula dalam darah. Selalunya para atlit yang pergi bercuti ke luar negara 'makan angin' untuk beberapa hari atau minggu setelah menang perlawanan, badan mereka akan mudah 'naik' jika mereka tidak ikut rutin rejim senaman dan latihan seperti biasa.

Apa yang akan Dr. Sukan seperti Dr. Noordin Darus 'prescribe' untuk mereka ialah L-Carnitine. Ia membolehkan mereka mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat sebelum bersedia untuk acara sukan atau perlawanan yang akan datang.
Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan) Selain itu, Rx-Lite diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-LiteRx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

Rx-Lite tidak akan menjadikan kulit kita mengeleber setelah turun berat badan & tidak menjadikan muka kita pucat lesi kerana kekurangan air/lemak kerana kurang makan, bukan kerana pembakaran lemak semulajadi. Itulah konsep di sebalik Terapi dengan RxLite ini. yang unik atas segala keunikan produk ini ialah ia diproses dengan perantaraan Rx-Water, air Terapi berpenawar yang bersifat anti Kanser



Soalan-soalan lazim:

1.
Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.


4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.


5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite
tidak sesuai bagi:
  1. kanak-kanak di bawah 12 tahun,
  2. ibu mengandung,
  3. mereka yang mempunyai sejarah sawan
  4. mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
  5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEdsPa0-alG839-WRacSLtBk702oe5W-pClBPHFMKgMFteIZa8kSIMH7rsXhHgKuWBLIH7LYR54IQBx5LJ0pDj_UnLgG2pBknqzS3Bj1tpfqUt2BG6TeyK_u5g_g0M6_YmtlDA_6iqGQU/s1600/RxLite1.jpg

No comments:

Post a Comment